Dokumen Palestin
Dokumen Palestin

Dokumen Palestin

Perjanjian Kem DavidMadrid ConferencePerjanjian OsloOslo IIPerjanjian HebronMemorandum Sungai WyeSharm e-Sheikh memorandumCamp David 2000 SummitTaba SummitRoad mapAnnapolis Conference Antisemitic incitementsEast JerusalemIsraeli settlementsIsraeli West Bank barrierJewish statePalestinian political violencePalestinian refugeesPalestinian statePlaces of worship Mahmoud AbbasSalam Fayyad Ehud OlmertTzipi Livni Diplomatic Quartet  · Egypt
Persidangan BeirutRancangan Damai ElonRancangan LiebermanPersetujuan GenevaHudnaIsrael's unilateral disengagement plan and Realignment planProjects working for peace 1 The Golan Heights are not part of Israeli-Palestinian trackDokumen Palestin[1] atau Dokumen Rundingan Israel–Palestin ialah pembocoran berita terbesar dalam sejarah konflik Israel-Palestin, dan penerbitan maklumat yang dirahsiakan daripada rekod awam. Ia merupakan satu simpanan hampir 1,700 fail yang didedahkan mulai 23 Januari 2011 oleh Al-Jazeera. Ribuan halaman surat-menyurat diplomatik yang memperincikan kerja dalaman proses perdamaian Israel-Palestin, memo-dokumen, e-mel, peta, minit mesyuarat peribadi, keterangan pertukaran aras tinggi, kertas strategi dan malah persembahan PowerPoint—bertarikh dari 1999 hingga 2010, telah didedahkan.[2][3]Terdapat sejumlah 1,684 dokumen, termasuk:Dokumen-dokumen ini diperolehi oleh Al-Jazeera dan dikongsi terlebih dahulu dengan The Guardian dalam usaha memastikan ketersediaan meluas kandungannya. The Guardian telah mengesahkan ketulenan kebanyakan makalah itu secara berasingan, tetapi tidak meminta atau diberikan capaian kepada sumbernya. Al-Jazeera, yang menerbitkan dokumen itu secara penuh di laman web mereka, telah menyusun sebahagian kecil dokumen bagi melindungi identiti sumber mereka.[4]